Sunday, May 19, 2013

AL-FATIHAH...YM TERAKHIR DARI ARWAH


gambar hiasan

  
Petang Jumaat lepas setelah selesai makan malam kira2 pukul 6 petang, aku ternampak satu missed call dan satu sms dekat skrin hp aku.
Rupanya datang dari kawan aku yang kini menetap di Brisbane.
Aku baca sms ..
Assalamualaikum Nana, Aku call ko tak jawap. kau dah tahu pasal Nini?
Hati aku terus jadi tak sedap, terus aku call. Tapi tak berjawap juga, terus aku balas sms dia..
W’salam Zila, kenapa dengan Nini? Dia dah bersalin?

Sekejap lepas tu hp berbunyi..
“Nanaaa…” Suara tersekat2
“Nini..Ninii dah takdee” diikuti dengan tangisan.
Ye, aku faham dengan ayat Nini dah takde.
“Ya Allah, Zila! Innalillah..” payah aku nak teruskan. Terhambur juga airmata aku ketika itu.

Zila dan Nini kawan serumah dan sama jurusan dengan aku masa kami menuntut di Uni dahulu. Kami seramai 6 orang tinggal serumah selama 3 tahun dari 1st year sampai tamat pengajian tapi telah pun mengenali antara satu sama lain masa matrik lagi. Dan kami berenam masih tetap baik sehingga sekarang.

Terlalu banyak kenangan aku dan kawan2 lain dengan arwah. Semuanya aku pasti sama macam aku masih dalam mood sedih. Kami terasa satu kehilangan yang besar dan aku pasti SAPURA juga telah kehilangan pekerja yang sangat dedikasi. Arwah sangat baik, sangat baik.. Sangat baik.
Aku tak mampu nak tulis segalanya tentang arwah. Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kami seorang sahabat seperti Nini.

Dan ym terakhir dengan arwah, seminggu sebelum arwah cuti bersalin, tak silap aku penghujung october atau awal november.

ym-nini
Sempat arwah meminta maaf dengan aku….
Dan kali terakhir aku jumpa arwah, genap setahun yang lepas masa aku buat open house hari raya kat rumah adik aku kat shah alam. Dan dalam ym di atas kitaorang dah buat plan nak jumpa bila aku balik januari nanti.
Rupanya tak kesampaianSad smile.

Allah Maha Berkuasa, dan Dia sudah membuat perancangan yang sangat sempurna untuk arwah.
Arwah Nini menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa melahirkan anaknya yang ke-tiga di pagi Jumaat yang mulia 11.11.11 setelah mengalami komplikasi.
Pergi meninggalkan suami dan 2 anak lelaki berumur 4 dan 2 tahun dan ahli keluarga yang lain. Anak perempuan yang telah dipilih namanya, Nurul Iman turut menjejaki ibunya.
Innalillahiwainnalillahiraji’un.
InshaAllah arwah dapat husnul khatimah.
Semoga kami juga berpeluang seperti kamu. Tenanglah kamu di sana Nini. Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dia di kalangan para syuhada dan solihin.
Dan semoga Allah memberi kekuatan kepada seluruh ahli keluarganya dalam menempuhi hari2 mendatang. Amin ya rabbal alamin.

Al-Fatihah untuk arwah.

No comments :

Post a Comment